Blog

view:  full / summary

SUKU AKHIR PERTAMA PIALA MALAYSIA 2015 : FELDA UNITED [1] JDT [1]

Posted by raffles.star on November 25, 2015 at 12:05 AM Comments comments (0)

Perlawanan yang berlangsung di stadium selayang berkesudahan dengan keputusan 1-1.

Fernandes Thiago Augusto 7'

Amirul Hadi Zainal 90'+3

SUKU AKHIR PERTAMA PIALA MALAYSIA 2015 : FELDA UNITED [1] JDT [1]

Posted by raffles.star on November 25, 2015 at 12:00 AM Comments comments (0)

Perlawanan yang berlangsung di stadium selayang berkesudahan dengan keputusan 1-1.

Fernandes Thiago Augusto 7'

Amirul Hadi Zainal 90'+3


TQ GB13 FROM BOS WITH LOVE

Posted by raffles.star on November 22, 2015 at 9:05 PM Comments comments (0)

DEMI BANGSA JOHOR

Posted by raffles.star on November 22, 2015 at 8:05 PM Comments comments (0)

Piala Malaysia 2015 bakal bermula

Posted by raffles.star on August 31, 2015 at 11:05 PM Comments comments (0)

mampukah JDT menguasai dari peringkat kumpulan lagi?

umum mengetahui JDT telah diundi bersama dengan 3 pasukan lain iaitu PERAK,SARAWAK,ATM . 


PERAK:

Sebuah pasukan yang dibarisi hampir kesemua tenaga muda.Sebuah skuad yang agresif dan mampu menyerap tekanan apabila bertemu dengan pasukan-pasukan gergasi.

Pada pusingan pertama liga super 2015  yang berlangsung di Stadium Ipoh Perak,JDT telah berjaya ditundukkan dengan keputusan 2-1.Pada waktu itu,JDT berjaya menjaringka gol pendahuluan pada minit ke-24 hasil jaringan Junior Edstal,namun dibalas dengan gol pantas pada minit 48' dan minit ke-50' hasil jaringan Muhd Nurridzuan dan Charles Souza Chad.

Namun apabila aksi timbal balik pusingan kedua liga super 2015,pada tarikh 19 Ogos 2015,JDT berjaya menebus kembali kekalahan di Ipoh apabila mudah menjinakkan Perak 4-1 di Larkin.Gol-Gol dijaringkan oleh Lucho minit ke-44,Nazrin Nawi minit ke-47,S.Chanturu minit ke-65,Safiq Rahim minit ke-70.Manakala Perak mendapat gol saguhati yang dijaringkan oleh Thiago Junior pada minit ke-59.


SARAWAK:

Sebuah Pasukan yang boleh dikatakan masih terumbang ambing namun tidak boleh dipandang ringan oleh JDT.Menduduki tangga ke 10 liga pada tahun ini.

Pada pusingan pertama 7.Mac.2015 yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin,JDT berjaya menundukkan Skuad Bujang Senang dengan jaringan tipis 2-1.Apabila diimbas kembali pada perlawanan ini,Sarawak berjaya mencemaskan skuad Harimau selatan apabila berjaya merobohkan benteng Harimau selatan apabila mendahului seawal minit ke-27 hasil jaringan Billy Mehmet.Namun JDT berjaya menemui rentak semula apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-38 hasil jaringan Safiq Rahim dan akhirnya pada minit ke-41 JDT berjaya menjaringkan Gol kemenangan yang juga disumbangkan oleh Safiq Rahim.

Pada pusingan kedua liga super 2015 1.Ogos.2015,JDT meneruskan konsistensi apabila sekali lagi berjaya merebahkan Skuad Bujang Senang  di Gelanggang mereka sendiri.JDT menang dengan jaringan 2-0 hasil jaringan Amri Yahya pada minit ke-63 dan jaringan lewat Luchino Figueroa minit ke-90.


ATM:

Walaupun menghuni tangga ke 11 liga (kedua tercorot) namun rekod ATM apabila menentang JDT amatlah sengit.JDT perlu khuatir dan berjaga-jaga dengan skuad "The Gladiators" ini.Pasukan ini mampu memberi khabar duka buat skuad Harimau Selatan

Ini berdasarkan fakta dan rekod pertemuan sepanjang tahun 2015 ini,pada pusingan pertama liga super 2015, 4 April 2015,JDT menang tipis 2-1 keatas skuad ATM ini.Perlawanan berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos,Larkin.JDT dikejutkan oleh jaringan awal Jerry Palacios minit ke-22,sebelum disamakan oleh Amri Yahya pada minit ke-31 dan jaringan kemenangan Safiq Rahim pada minit ke-56.

Pada pusingan kedua liga Super 2015 yang berlangsung di Stadium Paroi ,Negeri sembilan pada 8.Ogos.2015,JDT bejaya menundukkan ATM namun masih lagi dengan jaringan tipis 1-0 hasil jaringan cantik Safee sali.Ini hanya dapat dijelmakan pada minit ke-71.


RUMUSAN DAN PANDANGAN:

Saya merumuskan,bahawa kumpulan B ini bukanlah kumpulan mudah yang boleh dilepasi oleh skuad Harimau Selatan. Saya percaya JDT perlu menunjukkan kosistensi dalam peringkat ini.Pasukan-pasukan seperti PERAK,ATM DAN SARAWAK pasti memberi cabaran 200% sepanjang perlawanan berlangsung.

Saya memilih Pasukan ATM sebagai pasukan yang akan memberi cabaran kepada pasukan JDT.Melalui rekod sudah terbukti ATM mampu menjadi Silent Killer kepada pasukan-pasukan yang berada di dalam kumpulan B ini.


SEMOGA BERJAYA HARIMAU SELATAN!!!





Rss_feed